Mengunyah Makanan Lebih Lama Mujarab Mengurangi Berat Badan

19 August 2011

Banya kajian menemui, bahawa mengunyah makanan lebih lama dapat membantu mengurangi berat badan. Salah satu hasil kajian tersebut diperoleh dari para penyelidik di Harbin Medical University yang telah menemukan fakta bahawa mengunyah lebih baik daripada berbicara.

Perkara itu telah dibuktikan oleh eksperimen yang melibatkan sukarelawan, mereka perlu mengunyah setiap gigitan sebanyak 40 kali. Ternyata, perkara itu justeru memungkinkan untuk menyerap kurang kalori sebanyak 12 peratus.

Teori bahawa semakin lama anda mengunyah, semakin rendah kemungkinan anda untuk makan berlebihan, bukanlah perkara baru. Ramai ilmuan mendakwa bahawa makan tengahari dengan santai memberikan otak lebih banyak waktu untuk mendapatkan signal bahawa perut sudah penuh. Hal ini juga mengurangi paras ghrelin, hormon rasa lapar.

4 Cara Memaksimakan Pemikiran Positif

17 August 2011

Berfikiran positif memiliki sejuta manfaat, termasuk di antaranya terhindar dari penyakit jantung, umur lebih panjang, dan awet muda. Jika ingin merealisasikannya, berikut antara cara yang boleh anda cuba.

Menzahirkan fikiran positif dalam diri tidak hanya bermanfaat untuk kesihatan jasmani, tetapi juga rohani. Hakikatnya, anda pun akan merasakan titik kesejahteraan yang harmonis baik dalam hubungan spiritual, fizikal, kewangan, dan intelektual.

Strategi terbaik untuk membangunkan sikap mental positif adalah dengan banyak meningkatkan rasa bersyukur.