Kisah Seorang Anak Kecil dan Sebatang Pokok Epal

22 November 2007

Masa berlalu… budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

Gajah duduk

17 November 2007

Pada suatu hari, seorang raja yang mempunyai seorang puteri yang sangat cantik, ingin mencari seseorang untuk dikahwinkan dengan anaknya. Maka raja tersebut membuat satu pertandingan kepada semua rakyat-rakyat nya.

Pada keesokan harinya, beliau telah memanggil semua rakyat untuk berkumpul dihadapannya. Orang ramai berasa pelik melihat seekor gajah yang besar berada di hadapan mereka. Maka raja tersebut berkata

Kisah tentang Nafsu yang degil

13 November 2007

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Rahsia Keperibadian Disebalik Emel Seseorang

03 November 2007

Guna Nama Penuh
Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya nurhanis_alias@yahoo.com. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya. Tapi ingat, jangan cuba hendak memeperlekehkannya.